75% Kes Rogol Berpunca Dari Media Social Wechat!

Wahai ibu bapa, kawal dan pantaulah gadget yang berada ditangan anak-anak. 75% kes rogol berpunca dari media social wechat! Sekarang ni seawal usia kanak-kanak ibu bapa dan dedahkan dengan gadjet. Adakah ianya dipantau atau dikawal? Yang masih kecil mungkin belum lagi mengetahui betapa dahsyatnya media social yang dikenali sebagai wechat.

Namun oleh kerana kelalaian ibubapa ianyanya bakal mencetuskan debunga-debunga kegelapan. Anak-anak akan lebih cenderung untuk bercerita dengan orang yang tidak mereka kenal. Maklumlah gadjet sudah menjadi peneman yang lebih setia berbanding ibubapa sendiri.

Media Social Wechat

Nak tahu apa yang boleh berlaku apabila mereka meningkat remaja? Tonton video ini untuk memahami betapa mudahnya kes rogol berlaku jika tiada pendedahan awal bagaimana mengelak dari menjadi mangsa pujuk rayu si “binatang” di WeChat. Jangan jadi penyumbang kepada 75% kes rogol di WeChat.

Siapa sangka, aplikasi WeChat yang dianggap sebagai medium perhubungan jarak jauh itu mampu mengundang bahaya yang sangat membimbangkan? Video ini memberitahu dengan lebih lanjut tentang bahanya aplikasi seperti WeChat ini kepada anak-anak muda yang hendak mencuba perkara-perkara baru dalam hidup.

Bijaklah dalam berkongsi cerita apabila di media social. Jangan mudah sangat nak share perkara yang terlalu peribadi dengan orang yang tidak kita kenali.  – Malaysians Against Pornography.

Kalau kita sendiri boleh lihat apa yang berlaku di media social WeChat, pergaulan di situ sangat bebas. Namun perkara seumpama ini boleh juga berlaku di media social lain seperti Whatsapp, Telegram, dan seumpamanya. Yang paling penting adalah diri sendiri. Adakah kita cukup bijak menangkis pujuk rayu si hidung belang? Adakah kita sebagai ibubapa bijak dalam mengawal kebebasan anak-anak menggunakan gadjet?

Beringatlah sebelum parah. Sekarang ni dunia tanpa batasan. Sangat mudah untuk melayari apa sahaja. 75% Kes Rogol Berpunca Dari Media Social Wechat! adakah anda setuju?

Malaysians Against Pornography. This NGO was initiated by a group of medical doctors in 2013. One of its primary objectives is to fight pornography amongst school-going children. In addition, we aim to curb the rising number of children, teens and young adults with sexual misconduct in Malaysia

We have conducted talks and have presented our modules to primary and secondary schools as well as to holiday camps. We have presentation modules and video presentation readily available on topics pertaining to Safe and Unsafe Touch, Gadis Muslim Kenali Dirimu, Bahaya Pornografi dan Dunia Cyber and more.

Our aim is to first and foremost instill in the young minds the reason why we are created and our final destination, so that once this idea clicks in their minds, their actions will be guided by love and fear of Allah swt.”

 

Share
4 Comments
  1. mrhanafi
    • azstory311
  2. sabree hussin
    • azstory311

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge