Resepi Macaroni Bakar Ala Murtabak

Macaroni Bakar Ala Murtabak

Resepi Macaroni Ala Murtabak. Misi menghabiskan daging cincang maka terhasil lah Resepi Resepi Macaroni Ala Murtabak. Sedap ke tak? hmmmm hentah…hahaha. Bakar pun bukan guna oven.. guna magic pan. Pssss… psssttt… meh sini nak bisik.. Aku guna PREGO.. Haaaa PREGO.. pertama kali guna PREGO.. Cuba cari tomato puri.. tomato puri pun takde stok.. Sebenarnya malas nak bagitahu resepi.. sebab… sebab..

Resepi Macaroni Ala Murtabak ni tak sedap..hahahaha.. bukan tak sedap langsung.. sedap cuma kena makan dengan kari baru best gilerr..! Nak masak senang je sediakan benda-benda ni:

Bahan-bahan Macaroni Ala Murtabak

  1. Pasta (rebus dalam ikut suka nak banyak mana – tengok bahan)
  2. Daging Cincang (guna cap Ramlee tu) kalau guna daging burger lagi sedap.
  3. Bawang Besar (potong dadu)
  4. Tomato (potong dadu)
  5. Telur 6 biji (ikut suka telur ayam kampung ke ayam bandar)

Kenapa bawang dengan tomato perlu potong dadu? Entah la aku rasa mungkin itu cara yang terbaik kot.

Cara Masak Pasta Daging Bakar

  1. Masukkan daging cincang dalam kuali atau periuk (jangan masak guna piring plak) bersama bawang besar. Gaul sehingga dua bahan tu mesra.
  2. Masukkan PREGO.. Ye PREGO yang aku beli sebab tomato puri takde. Kacau sehingga PREGO ni mesra dengan daging cincang dan bawang besar tadi.
  3. Boleh masukkan herba OREGANO kalau rasa PREGO tu tak cukup kick. Boleh juga masukkan cheese. Kemudian masukkan tomato.

Ok dah siap masak boleh lah tuang kesemuanya dalam mangkuk besar. Dalam mangkuk tu pastikan ada pastanya. Pasta yang telah direbus sudah menanti lama. Jangan biar dia menunggu lama-lama.

Resepi Macaroni Bakar Ala Murtabak

  1. Gaul bersama 6 biji telur ayam. Gaul-gaul sehingga sebati. Jangan kacau kasar-kasar laju-laju kang hancur pulak pastanya kerana sebab mahu menghancurkan telur. Apadaa..
  2. Masukkan ke dalam magic pan.. sedih oven takde. Tapi jangan pandang rendah pada magic pan. Macam-macam boleh masak dengan magic pan ni.
Tepuk-tepuk bagi padat. Biar rapa-rapat. Lepas tu tutuplah. Rasa-rasa bahagian bawah sudah masak. Flip kan saja magic pan. Kat situlah magic nya magic pan ni. Dah la tak melekat.. kukuh.. berwibawa pula. Ok tunggu jela Macaroni Bakar Ala Murtabak ni masak. Aku agak-agak je.. Takde timer..
Resepi Macaroni Bakar Ala Murtabak

Tadaaaaaa… siap masak siap potong siap ngap dah untuk ujian rasa. Tudiaaa Macaroni Bakar Ala Murtabak menerusi penggunaan berhemah magic pan.

Resepi Macaroni Bakar Ala Murtabak

Share
2 Comments
  1. ema
    • azstory311

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge