Perkara Misteri Mengenai Air Tuak Kelapa Nira

Perkara misteri mengenai air tuak kelapa nira. Mahu cerita perihal misteri atau perihal air tuak kelapa nira? Di Kelantan sampai sahaja bulan Ramadhan yakni bulan puasa, air tuak menjadi antara air yang menjadi buruan masyarakat setempat. Rasanya air tuak ni sudah menjadi tradisi orang Kelantan. Sebab masa kecil asal bulan puasa je tok akan beli air tuak. Apa yang misterinya mengenai air tuak kelapa nira ni?

Air Tuak Kelapa Nira

Misterinya adalah, baru-baru ini aku berpeluang pulang ke kampung dan tinggal di Bukit Abal, Pasir Puteh. Nak masuk waktu petang ada seorang pakcik datang kerumah dengan motor. Orang kampung memanggilnya Pak Mail. Aku diberitahu, untuk beli air tuak dari Pak Mail ni cuma sebut je nama dia.. Almaklumlah nak call, nak whatsapp dia bukan ada telefon pun. Yang misterinya mengenai air tuak kelapa nira ni, bila rasa nak minum air tuak kelapa nira ni cuma seru je nama Pak Mail. Dia akan tiba tepat pada waktunya.. yakni waktu yang sesuai mengikut keadaan.

Pada mulanya aku kurang percaya, dan anggap ni hanya gurauan. Namun untuk kali kedua sebelum pulang ke kampung, aku cuma post pasal air tuaknya di Facebook. Aku cuma post, “Inilah air tuak kelapa nira yang tersedap pernah aku rasa. Menghilangkan stigma dalam kepala yang mengatakan air tuak kelapa nira ni tak sedap.” Lantas ada komen yang balas, “Balik kampung lagi sekali kita minum lagi air tuak kelapa nira.”

Nak tau apa jadi? Balik kampung kali kedua, ternyata Pak Mail sudah datang rumah dikampung. Dia tanya,”Dengarnya ada orang nak balik harini.” Okeh.. ternyata Pak Mail ni memang misteri.. Orang kampung Bukit Abal mungkin mengenali Pak Mail yang aku sebutkan ni. Serius air tuak kelapa nira dia memang sangat sedap. Letak dalam peti ais pula.. Aduhhh..

Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu air tuak kelapa nira boleh baca di link ni [Air Tuak.. Anda Ingin Tahu?]. Aku nak terangkan tentang apa itu air tuak ni tak berapa pandai.. pandai minum je..hehehe.

Share
No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge