Menembak Burung Di Kampung Seawal Waktu

Tak pernah terbayang pun dalam hidup untuk tengok aktiviti menembak burung di kampung seawal waktu. Waktu pagi dalam pukul 7.00. Pernah merasa memukat burung je masa zaman kecil-kecil dulu. Memukat burung tu tak silap pada waktu petang nak ke maghrib dah. Namun menembak burung di kampung seawal waktu ni adalah satu pengalaman baru.

Menambak burung, bird shooting, burung, bird, kampung

“Nak makan burung ayam?” aku terpinga-pinga. Nak makan burung? burung ayam? Aku ingat bos nak beli burung di pasar. Tak pernah pulak aku jumpa pasar yang jual burung ayam. “Esok kita pergi menembak burung ayam.” hah? menembak burung? wah bunyi macam seronok nih! Pertama kali boleh tengok orang menembak burung. Bos kata esok kita pagi-pagi lagi keluar menembak.

Tidur malam tu dah terbayang dah aktiviti yang akan berlaku esok. Bos hubungi crime partner dia untuk sama-sama pergi menembak esok. Gila, pasti seronok.

Paginya, aku tak ingat aku mandi ke tak sebab nak pergi menembak tak perlu la nak mandi. Balik kang busuk kena mandi balik..hahaha. Eh aku mandi rasanya. Sebab sepanjang hidup jarang bila bangun pagi aku tak mandi sebelum mulakan apa-apa aktiviti.

menembak burung, morning, bird shooting,

Menembak burung di kampung seawal waktu ni bila keluar tu, Ya Allah.. segarnyaaaa… burung-burung berterbang rewang kat kawasan sawah padi. Burung yang hendak diburu adalah burung ayaman (aku tak tau betul ke tak namanya ni.) Bab nak menjejak burung ni memang kena guna kepakaran crime partner bos la.. kalau tak aku memang tak nampak burung jenis yang nak dicari.

Burung bangau putih, burung helang, burung raja udang aku nampak la..hahaha

Jenuh juga nak mencari burung ayam ni.. banyak tempat kami pusing. Bila depa terbang berpeluang la nak tembak. Bila depa dah landing memang payah la.. larinya laju kot.. supp.. suppp.. hilang terus. Usaha dari pukul 8.00 pagi sampai nak masuk tengahari sikit dapat la seekor. Selalu boleh dapat banyak.. haritu burung ayam ni bikin reunion agaknya.

Taknak pulang tangan kosong buru juga la burung lain.. yang boleh juga la untuk di buat santapan.

Kampung, Burung, Menembak Burung, Bird Shooting

Yang paruh kuning tula burung yang dicari. Sedap ke daging burung ni? Hmmm ntah la macam makan ayam serama dagingnya..hahaha. Tak kesah la janji dapat pengalaman baru menembak burung di kampung seawal waktu. Balik dari menembak boleh habiskan air tuak kepala nira Pak Mail. Ada perkara misteri mengenai air tuak kelapa nira di Bukit Abal. The best Air Tuak in kampung!

 

Share
3 Comments
  1. sabree hussin
    • azstory311

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge