Kuala Lumpur Global Interchange Corporate Photo Shoot

Kuala Lumpur Global Interchange Corporate Photo Shoot

Kuala Lumpur Global Interchange Corporate Photo Shoot. Pertama kali menguruskan satu sesi photoshoot untuk corporate image syarikat Kuala Lumpur Global Interchange atau lebih dikenali dengan nama KLGI Resources Sdn Bhd. Bermacam idea timbul dalam kepala. Namun untuk menghabiskan 13 orang, kadangkala kekeringan idea. Dalam erti kata lain sudah habis gaya. Bila sudah kekeringan idea tahu apa tips terbaik agar terus tidak tepu untuk menggayakan pose?

Apa lagi.. Google sahaja. Bermacam-macam posing ada. Apa yang paling menarik menguruskan sesi photoshoot ini, kebanyakkan mereka sememangnya sudah mesra kamera. Jadi proses photoshoot tidaklah sesukar mana. Cuma agak penat untuk menghabiskan 13 orang. Aku masih belum mampu untuk mengendalikan seorang diri. Cara terbaik panggil rakan blogger yang kini rasanya sudah layak aku gelarkan dia seorang jurugambar yang professional.

Kuala Lumpur Global Interchange Corporate Photo Shoot

Aku senang bekerjasama dengan Potia Casadelarossa. Ada dua sesi photoshoot pada hari yang sama. Mereka ini adalah sesi kedua selepas selesai photoshoot model untuk produk.

One Response
  1. Mrs. A

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge