Apakah Penyebab Mata Menjadi Rabun?

Mata Rabun, Kaca Mata, Rabun

Banyak punca untuk menjadi penyebab kenapa seseorang itu rabun. Selain daripada faktor usia faktor pemakanan dan cara hidup turut menjadi penyebab mengapa seseorang itu rabun atau mula terjadi tanda-tanda rabun. Namun mengapa rabun terjadi pada seawal usia kanak-kanak?

Pantulan daripada flash kamera akan membuatkan mata kelihatan merah di dalam gambar. Itu menunjukkan mata anda normal. Ianya merupakan petanda penting terutama bagi kanak-kanak kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk memberitahu tentang masalah penglihatan mereka. Bila anak sudah memasuki persekolahan, ibu bapa baru sedar bahawa anak mereka mempunyai masalah penglihatan. Itu pun kerana mereka mengadu mereka tidak nampak tulisan di papan hitam.

Banyak punca untuk menjadi penyebab kenapa mata menjadi rabun

Pada kanak-kanak, penglihatan yang baik dan sempurna sangat penting untuk membantu mereka belajar dan mengenali alam sekeliling.

Masalah penglihatan yang tidak ditangani segera bukan saja boleh membantutkan proses pembelajaran, malah mempengaruhi pembentukan peribadi seseorang kanak-kanak

Pembangunan penglihatan sebenarnya bermula sejak kita dalam kandungan lagi. Mata akan menjalani proses perkembangan secara perlahan-lahan dan biasanya menjadi matang apabila seseorang kanak-kanak berumur sembilan tahun.

Dalam tempoh ini, masalah mata kanak-kanak perlu diberikan rawatan sewajarnya supaya penglihatan mereka boleh dipulihkan atau sekurang-kurangnya kerosakan itu tidak bertambah buruk. Untuk mengetahui, memahami dan mengharungi hidup di dunia, manusia memerlukan fungsi otak yang ditafsirkan daripada pengalaman dan penglihatan. Jika ada kecacatan dalam penglihatan, pengalaman seseorang individu terhadap dunia akan terjejas. Namun disebabkan kanak-kanak tidak pandai memberitahu ibu bapa masalah mereka, selalunya masalah mata kanak-kanak hanya dikesan pada peringkat serius. Pemeriksaan dan pengesanan awal dapat mengelak masalah lebih serius. Mengesan punca kerosakan mata di peringkat awal sangat penting.

Perkembangan sistem penglihatan berkait rapat dengan perkembangan otak dan proses ini berlaku sepanjang masa dari saat seseorang bayi dilahirkan hinggalah dia berumur sembilan tahun. Jika rawatan diberi sebelum kanak-kanak berumur sembilan tahun, kerosakan pada sistem penglihatan mungkin dapat dipulihkan. Selepas usia sembilan tahun iaitu apabila perkembangan sistem penglihatan dan otak sudah matang (tetap), sebarang masalah pada penglihatan sukar dipulihkan.

Rabun mata aku baru sahaja bermula. Mula perasan bila nak baca signboard tulisan agar kabur. Berkali-kali genyeh mata. Kalau waktu malam lagi la. Baru aku faham perasaan seorang yang rabun. Rasa tidak selesa weyh.. Mula rabun ni mungkin berpunca dari kerja-kerja design.

Hampir sepanjang hari depan screen laptop. Pemakanan pula sekarang main bedal dah. Nak buat kerja terpaksa la beli juga. Cari kat down town je..hehehe murah. Agak agak berapa harga?

Lima belas ringgit je weyhhhh!

 

One Response
  1. Rose Face Serum Zeeta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge